Tajaan Iftar akan ditutup pada Jumaat, 5 April 2024 jam 8.00 malam.

Gandakan Pahala Di Bulan Ramadhan Ini

Alhamdulillah setiap hari kita dapat sahur dan berbuka dengan makanan yang lazat tanpa perlu mengira belanja yang dikeluarkan. Kita masih boleh memilih hidangan apa yang kita idamkan.

Tetapi tuan puan, kita lupa yang masih ada golongan yang kita harus raikan ketika tibanya bulan Ramadhan. Mereka perlukan kita untuk menikmati bulan yang mulia ini.

Hari
Jam
Minit
Saat

Cakna Tentang Nasib Mereka Tahun Ini

Statistik membimbangkan ini semestinya akan memberi kesan kepada golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan untuk mempunyai akses kepada bekalan makanan ditambah dengan kenaikan harga barang asas di pasaran. Tidak kah kita cakna dengan nasib mereka? Renung-renungkan..

Oleh itu, Hotel Seri Costa Melaka dengan kerjasama Felda Travel Sdn Bhd ingin bersama sama mengajak tuan/puan berkongsi rezeki melalui Program Infaq Ramadhan dengan menyediakan buffet Ramadhan berbuka puasa kepada golongan yang kurang bernasib baik.

FGV Seikhlas Hati

Bersama Rumah Kasih Tun Abdul Aziz di Hotel Seri Costa Melaka – 22 Mac 2024

Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor bergambar bersama Anak-anak RKTAA 

Inisatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kumpulan FGV untuk menyantuni komuniti setempat dan menabur bakti kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu FGV Seikhlas Hati.

Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor dalam Majlis Penyampaian Duit Raya

Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor menyambut ketibaan Anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz

Program bertemakan komuniti dan sosial ini adalah selari dengan aspirasi FGV untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dan memupuk masa depan yang lestari.

Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor serta Datuk Wira Dr Hjh Radhuana Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka melihat juadah diiringi Chef Annuar

Program Infaq Ramadhan

Program ini merupakan salah satu program anjuran Hotel Seri Costa Melaka dengan kerjasama Felda Travel Sdn Bhd yang bermula pada tahun 2020.

Tujuan utama program pada tahun ini adalah untuk meraikan golongan Asnaf, Anak Yatim, Pelajar Tahfiz, Muallaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Melaka melalui buffet Ramadhan di Hotel Seri Costa.

Tahun lepas (2023), kami telah menyediakan hidangan buffet Ramadhan kepada lebih 668 orang hasil dari tajaan tuan/puan. Alhamdulillah, mereka sangat gembira dan terharu kerana jika tiada sumbangan dari tuan/puan mereka tiada peluang untuk merasa makanan hotel yang pelbagai pilihan.

Boleh lihat bertapa meriahnya suasana cafe Hotel Seri Costa Melaka dengan kehadiran mereka tahun ini..

Mereka akan dilayan seperti VVIP oleh petugas hotel kami.

Menunggu waktu berbuka di cafe berhawa dingin.

Hari istimewa mereka boleh makan apa sahaja tanpa had.

Anak-anak syurga beratur untuk menerima duit raya.

Lihat lebih ramai mendapat manfaat dari tajaan anda

Asnaf & Ibu Tunggal Bukit Katil Melaka – 15 Mac 2024

Ibu Tunggal Melaka – 20 Mac 2024

Akademi Tahfiz Abdul Aziz (ATAA) – 24 Mac 2024

Sasaran Tajaan Tahun 2024

Tuan/puan lihat sendiri kemeriahan dan keseronokkan mereka ketika dijemput menikmati hidangan lazat oleh chef terbaik kami. Ini adalah hasil dari tajaan tuan/puan. Alhamdulillah.

Jadi kami menyeru tuan/puan untuk memberi tajaan atau sumbangan pada tahun ini bagi meneruskan Program Iftar Ramadhan 2024 seterusnya menyantuni golongan yang kurang bernasib baik menikmati kegembiraan di bulan yang mulia ini.

1,500 Tajaan Buffet Ramadhan
48%

Kami sangat memerlukan sokongan untuk program ini berjalan lancar. Semoga tajaan dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran yang baik di akhirat nanti. InsyaAllah.

Sijil Halal Hotel Seri Costa Melaka

Sumber semakan sijil halal : http://www.halal.gov.my/

Sejak program ini dilancarkan, lebih..

Individu Mendapat Manfaat
0

Terima Kasih Kepada Semua Penyumbang

Terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka atas tajaan dan agihan pek makanan di dalam Program Infaq Ramadhan. Jutaan ucapan terima kasih diucapkan atas tajaan kepada mereka.

Kini tiba giliran anda untuk menceriakan wajah mereka di bulan Ramadhan 2024. Jom bantu kerana anda adalah kekuatan mereka!

FAQ

Chef terbaik kami akan sediakan dalam bentuk buffet pada bulan Ramadhan yang dijamin BERSIH dan HALAL.

Golongan yang mendapat manfaat didalam program ini adalah  Keluarga Miskin Tegar, Anak Yatim, Tahfiz, Rumah Orang Tua serta Mualaf.

Minimum tajaan adalah RM50 dengan anggaran 1 pax.

Program diadakan sepanjang bulan Ramadhan di Hotel Seri Costa Melaka.

Untuk transaksi secara manual / CDM boleh salurkan ke akaun di bawah

Maybank : Felda Travel Sdn Bhd
No akaun : 5040 8514 8156
Sila letakkan rujukan PIR2024

Pengesahan: Hasil tajaan sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan Asnaf dan golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadhan 2023.

Zahirkan tajaan anda di bulan Ramadhan yang mulia ini melalui borang di bawah

Tentang Kami :

Hotel Seri Costa merupakan hotel milik penuh dibawah pengurusan Felda Travel Sdn Bhd (Reg. No.: 198301004772 (100395-K)) dan telah beroperasi sejak tahun 2012.