Alhamdulillah setiap hari kita dapat sahur dan berbuka dengan makanan yang lazat tanpa perlu mengira belanja yang dikeluarkan. Kita masih boleh memilih hidangan apa yang kita idamkan.
Tetapi tuan puan, kita lupa yang masih ada golongan yang kita harus raikan ketika tibanya bulan Ramadan. Mereka perlukan kita untuk menikmati bulan yang mulia ini.
…lagi untuk memberi tajaan infaq bulan Ramadan
Statistik membimbangkan ini semestinya akan memberi kesan kepada golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan untuk mempunyai akses kepada bekalan makanan di bulan Ramadan ditambah ketidakstabilan harga barang asas di pasaran. Tidak kah kita cakna dengan nasib mereka? Renung-renungkan..
Oleh itu, Hotel Seri Costa Melaka dengan kerjasama Felda Travel Sdn Bhd ingin bersama sama mengajak tuan puan berkongsi rezeki melalui Program Infaq Ramadhan dengan menyediakan buffet berbuka puasa kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Bersama Rumah Kasih Tun Abdul Aziz di Hotel Seri Costa Melaka – 22 Mac 2024
Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa bergambar bersama Anak-anak RKTAA
Inisatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kumpulan FGV untuk menyantuni komuniti setempat dan menabur bakti kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu FGV Seikhlas Hati.
Tan Sri Rastam Mohd Isa dalam Majlis Penyampaian Duit Raya
Program bertemakan komuniti dan sosial ini adalah selari dengan aspirasi FGV untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dan memupuk masa depan yang lestari.
Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama Datuk Wira Dr Hjh Radhuana Salleh, Pengurus Besar Yayasan Melaka melihat juadah diiringi Chef Annuar
Program ini merupakan salah satu program anjuran Hotel Seri Costa Melaka dengan kerjasama Felda Travel Sdn Bhd yang bermula pada tahun 2020.
Tujuan utama program pada tahun ini adalah untuk meraikan golongan Asnaf, Anak Yatim, Pelajar Tahfiz, Muallaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Melaka melalui buffet Ramadan di Hotel Seri Costa.
Tahun lepas (2024), kami telah menyediakan hidangan buffet Ramadan kepada 1,631 orang hasil dari tajaan tuan puan dan syarikat korporat.
Alhamdulillah, mereka sangat gembira dan terharu kerana jika tiada sumbangan dari tuan puan mereka tiada peluang untuk merasa makanan hotel yang pelbagai pilihan.
Boleh lihat bertapa meriahnya suasana cafe Hotel Seri Costa Melaka dengan kehadiran mereka..
Mereka akan dilayan seperti VVIP oleh petugas hotel kami.
Menunggu waktu berbuka di cafe berhawa dingin.
Hari istimewa mereka boleh makan apa sahaja tanpa had.
Anak-anak syurga beratur untuk menerima duit raya.
ADUN Duyong, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem menyokong penuh inisiatif program infaq Ramadan Hotel Seri Costa, Melaka. Beliau membantu menyediakan penama asnaf yang layak di kawasan Duyong serta perkhidmatan bas percuma untuk mereka.
Seramai 500 orang golongan kurang bernasib baik dari kawasan Duyong telah menerima manfaat dari program ini tahun pada 2024. Terima kasih YB!
Asnaf & Ibu Tunggal Bukit Katil Melaka – 15 Mac 2024
Ibu Tunggal Melaka – 20 Mac 2024
Akademi Tahfiz Abdul Aziz (ATAA) – 24 Mac 2024
Tuan puan lihat sendiri kemeriahan dan keseronokkan mereka ketika dijemput menikmati hidangan lazat oleh chef terbaik kami. Ini adalah hasil dari tajaan tuan puan. Alhamdulillah.
Jadi kami menyeru tuan puan untuk memberi tajaan atau sumbangan pada tahun ini bagi meneruskan Program Iftar Ramadan 2025 seterusnya menyantuni golongan yang kurang bernasib baik menikmati kegembiraan di bulan yang mulia ini.
Kami sangat memerlukan sokongan untuk program ini berjalan lancar. Semoga tajaan dan sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran yang baik di akhirat nanti. InsyaAllah.
Sumber semakan sijil halal : http://www.halal.gov.my/
Sejak program ini dilancarkan, lebih..
Terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka atas tajaan dan agihan pek makanan di dalam Program Infaq Ramadan. Jutaan ucapan terima kasih diucapkan atas tajaan kepada mereka.
Kini tiba giliran anda untuk menceriakan wajah mereka di bulan Ramadan 2025. Jom bantu kerana anda adalah kekuatan mereka!
Chef terbaik kami akan sediakan dalam bentuk buffet pada bulan Ramadan yang dijamin BERSIH dan HALAL.
Golongan yang mendapat manfaat didalam program ini adalah Keluarga Miskin Tegar, Anak Yatim, Tahfiz, Rumah Orang Tua serta Mualaf.
Minimum tajaan adalah RM50 dengan anggaran 1 pax.
Program diadakan sepanjang bulan Ramadan di Hotel Seri Costa Melaka.
Untuk transaksi secara manual / CDM boleh salurkan ke akaun di bawah
Maybank : Felda Travel Sdn Bhd
No akaun : 5040 8514 8156
Sila letakkan rujukan PIR2025
Pengesahan: Hasil tajaan sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan Asnaf dan golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan 2025.
Tentang Kami :
Hotel Seri Costa merupakan hotel milik penuh dibawah pengurusan Felda Travel Sdn Bhd (Reg. No.: 198301004772 (100395-K)) dan telah beroperasi sejak tahun 2012.